THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 10, 2009

The Night of Power



~Let's us strive and increase our ibadah~

Thursday, September 3, 2009

"Anugerah Bintang Ramadhan"



Salam Ramadhan Kareem,


“Anugerah Bintang Ramadhan”..hmm..begitulah nama yang diberi untuk mini Ta’alim petang semalam. Mendengarkan namanya pun dah rasa tertarik..Alhamdulillah, Allah mengizinkan saya untuk menghadiri ‘taman syurga’ ini. Banyak input yang saya dapat di majlis ni.


Hmmm…nak tahu apa anugerah yang dicanangkan dalam majlis ini? Anugerah ini sangat diharapkan oleh orang mukmin kerana besarnya ganjaran yang diperolehi. Iaitu anugerah yang Allah ganjarkan kepada hambaNya yang terpilih sahaja. Satu2nya anugerah yang diberi pada bulan Ramadhan. LAILATUL QADAR. Waah…beruntungkan siapa yang dapat mengondol anugerah ni. Di dalam Quran, Allah telah menyebut tentang Lailatul Qadar ini;




“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar”


Malam yang lebih baik dari seribu bulan..Satu malam yang Allah sediakan bagi hambaNya yang mencari ganjaran yang berlipat ganda. Sedangkan kita belum tentu hidup sehingga 83 tahun. Betapa Rahman & Rahimnya Allah pada hambanya…


Dalam bulan Ramadhan inilah Allah nak uji IMAN kita sebenarnya. Syaitan2 diikat, maka, tidak ada alasan untuk kita bermaksiat @ lari dari ibadah pada Allah akibat dari hasutan syaitan. Yang ada pada diri kita hanyalah nafsu. Namun, apakah kita cenderung mendidik nafsu kearah kebaikan @ keburukan?


Masuk hari ini kita dah pun berpuasa selama 16 hari. Dah pun masuk fasa ke-2 dalam Ramadhan. Tapi, adakah kita akan berjaya melepasi fasa penyaringan ini untuk masuk ke fasa terakhir? Sebenarnya Allah telah melatih kita sejak dari awal Ramadhan lagi yangmana kita tidaklah menerima kejutan budaya dalam menghadapi situasi yang memerlukan mujahadah ini. Tambahan pula, suasana kemeriahan Aidilfitri yang semakin hampir membuatkan kita sedikit terleka. Inilah masanya untuk kita berusaha untuk bermujahadah sehabis mungkin bagi mencari bonus yang hanya setahun sekali kita temui.


Siapakah yang berhak menyandang anugerah Lailatul Qadar ini? Jawapannya ada pada diri kita. Di sini, saya ingin mengajak sahabat-sahabat, jom sama-sama kita mencari malam yang berkat ini. Kurangkan @ tinggalkan perkara yang membuatkan kita lalai. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan laluan kita untuk menemui ganjaran yang x terhingga ini.


Keikhlasan kita dalam bulan Ramadhan menetukan bagaimana kita di bulan selepasnya. Moga-moga madrasah Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat bagi kita menghadapi bulan-bulan mendatang…Ameen






Vitues of Ramadhan

Assalamualaikum to all...
Here is something that I wanna share with all of you...
This video, I think is a very nice lecture that might improve us spiritually...InshaAllah...




May this Ramadhan brings us closer to our Lord, the Al Mighty and be a month of blessings, a month full of forgiveness and guidance for us...Ameen...